Tuesday, July 8, 2008

batu seremban

saya mempunyai sebuah permainan tradisional yang bernama batu seremban.Batu seremban ini boleh dimainkan secara individu ataupun secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini ia memudahkan permainan tersebut yang dimainkan.
Cara untunk bermain batu seremban adalah seorang demi seorang pemain harus menimbang buah supaya
mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.cara menimbang buah adalahdengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.Ini bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Perkenalan Tentang Nafisah

Hi , nama saya ialah Norsaidah Nafisah . Saya dilahirkan ke dunia ini pada tanggal 27 May 1995 . Saya gemar memakan ais batu(ice cube) . Saya mempunyai seorang adik perempuan yang bernama ; Nursyafiqah . Saya juga mempunyai empat sahabat karib yang memahami diri saya iaitu ; Freda Fireena , Mira Fazera , Nur Ernie Nazira dan Nur Syafiqah Aqilah . Mereka adalah rakan yang paling saya sayangi . Merekalah rakan saya dunia akhirat nanti . Saya berjanji untuk tidak akan mensia-siakan mereka . Itu saja yang dapat saya kongsi buat masa ini . :] .